Khamis, 22 Jun 2023

Journey IUI

Episod 2


Assalamualaikum wbt & hi.

Cehh! tetiba ada episod hahaha. bukan apa weh, aku tulis ni selain dari nak share experience aku supaya orang dapat manfaat jadi aku tengah usaha susun nak bagi cantik and korang senang faham. Lagipun nanti dah tua tua nanti senyum² aku baca balik semua ni macam mana aku senyum tengok penulisan aku dari 2017 dulu, nampak sangat kepoyo-an nya di situ hahaha. 

"aku harap sangat korang faham tau weyh" 

Sambung...

First step 

Dalam pukul 12 lebih tengah hari macam tu, 10 May 2023. Aku search google no phone LPPKN, tak cakap banyak aku terus call and Jumie ada sebelah aku. Apa yang bestnya bila call dorang mesti angkat hahaha. jarang lah badan² gov ni senang nak angkat call kan? harap sangat korang faham. hahaha. 

Dapat cakap dalam 5 minit macam tu, macam biasa dia akan suruh juga kita buka link LPPKN tu, dari sini aku akan share step by step untuk korang register incase korang tak dapat tangkap apa yang nurse ajar thru call tu.

p/s : aku akan buat sharing se-details yang boleh tau

Link : web


Klik LAMAN UTAMA

Klik AWAM
Klik Perkhidmatan Klinik Subfertiliti


skrin paparan bila korang dah click sebelum ni, so boleh nampak dia 
ada state kan kat situ berapa cas & etc

sini dah tunjuk step A to Z korang just follow je ok step yg pemplet ni suruh


Dapatkan tarikh temujanji


Oh! sebelum terlupa kalau korang perasan kan LPPKN ni ada 3 cawangan tau kat Malaysia ni. 


Jadi korang pilih lah tempat yang korang nak or berdekatan dengan korang lah senang kan sebab nanti akan ada temujanji berkala dengan DR. Advise aku pada yang duduk luar kawasan yang ada LPPKN ni korang jangan takut sebab date temujanji tu takdelah dekat-dekat sangat. Lagipun dorang ada provide MC or time slip or maybe korang boleh plan lepas korang dah baca pengalaman aku ni kan.

Once aku dah register online, dah follow guide yang tertera kat pemplet tu. Aku kena call LPPKN yang berdekatan dengan aku lah which is KL. Masa call ni receptionist yang bertugas ni akan minta la details korang sikit, then dia cek dalam system untuk confirmation apa semua tu then dia bagi date untuk first appointment & date aku pada 7/6/2023 which is kurang sebulan dari tarikh aku call (10/5/2023)

Countdown to appointment ni actually klinik ada lah bagitahu apa benda yang dorang akan buat on that particular date kan, aku punya risau lah kan ntah kenapa aku boleh book appointment nak buat Brazillian Wax hahahaha. My most scared thing to do on earth weh! yer first time selama ni tak pernah hahaha, tapi kalau korang jadi aku jangan buat dulu. tunggu time Dr suruh kau buat HSG Test baru buat ok? *tapi nak buat pun apa salahnya, amannnnn disituuuu .. aku pun dah sign up terus untuk 10 kali punya package. sonang!! murah banyak berbaloi ahh..

:: 1st Appointment Summary

7/6/2023 : 8.30am 

Document needed cam biasa ic, kad kahwin & of course duit hahaha. tak mahal. jangan takut macam aku cakap sini reasonable lagi charges dia. 

So apa motif utama perjumpaan pertama ni?

4 hari sebelum appointment korang kena bersama, kalau isteri uzur, kena discharge cara manual lah ya. cara? takkan nak ajar lagi kot. *educational purposes only* otak kuning g berammmmmbuss.. so Nurse kata last BD pada 2/6/2023, lepas dah register apa bagai tu. Receptionist suruh suami kita naik atas Level 7 untuk proses Sperm Analysis. 

Aku tunggu no giliran untuk proses disoal siasat 😛 eh aku serious ni memang Dr tu siasat habis sejarah lampau kehidupan kau, kena jawab jujur ok! so that senang la dorang nak tahu apa masalah korang. Jadi bila no dah kena panggil Dr akan ukur tinggi, berat badan and jenis darah kita. Macam aku tak ingat blood group apa jadi skip jerr its okayy sebab nanti akan ada ujian darah jugak. habis sesi aku. Jumie pun settle and sama jugak dia pun kena interview, aku kena tunggu dulu kat depan. 

Habis session Jumie, Dr panggil aku masuk balik. Sini Dr start explain apa next step. 
  1. CD-1 datang je aku kena call 2 tempat untuk buat appointment 
    • LPPKN untuk ambil darah suami & isteri 
    • DAYA XRay Centre untuk HSG Xray
     2. Kalau aku tak buat step pertama maka tiada step seterusnya. gituh!

Tapi katakan kalau result Sperm Analysis tak okay (AZOOSPERMIA) , korang tak boleh ke next step jugak.

  • Suami akan diminta untuk datang semula 2 minggu akan datang then buat test lagi.
Then dalam 12.30 pm centu  klinik call bagitahu result Sperm Count Jumie okay then boleh terus proceed ke next step. 

nak jadi rezeki esok nya lepas appointment tu aku period. 8/6/2023 Alhamdulilah. Jadi terus aku call LPPKN set kan tarikh untuk ambil darah antara CD 2-5 . Pap! rezeki CD- 2 terus nurse bagi date 9/6/2023 untuk buat ujian darah. Jumie kena puasa 8 jam. Appointment pukul 10.30am so last Jumie makan 2 pagi. Eleh! tido dah dia time tu xheran sangat hahaha. cuma pagi tu dia menggeletek sikit nampak aku minum hot choc. aishhh ngade!

Lepas call klinik aku call terus DAYA Xray Centre tu, korang jangan risau nanti Dr ada bagi korang slip untuk bawa time appointment kat DAYA tu so no phone apa semua dah ada kat paper tu. Macam biasa korang call bagitahu yang korang nak buat procedure HSG and hari ni korang 1st day period. DAYA akan kira kan untuk korang pada CD- 9 ke atas and ternyata aku pun dapat tepat² on CD-9 tu which is jatuh pada 17/6/2023 : 8.30 am

Habis sampai sini kos appointment pertama tadi hanyalah RM65. murah kan? yaaa udah ku bilang jangan terlalu...hahaha dan korang dah start ada appointment card.

Oh! kan kat episod sebelum ni aku ada mention yang kiteorang silap kan? jadi di sini lah silapnya kiteorang dulu, duk delay² nak check sperm count. tapi aku tak leh nak cakap gak dulu benda ni mahal aku pernah tanya. and masa tu pun belum meluas lagi sharing benda² tu nak buat kat mana, macam mana apa semua kan? Jumie takdelah ego ke, takut sebab dia ke apa, sebab Alhamdulilah kebergantungan kami hanya pada Allah. sekalipun keputusan tak okay kiteorang pernah bincang. and tak kisah kalau kena amik anak angkat ke apa. 

Aku rasa kemunculan tiktok lah jugak penyebab, yelah boleh kata kebanyakkan info kita dapat dari situ kan. FYP apa bagai tu. hehehe. so kalau korang dah setahun kahwin TTC tapi still belum ada baby. aku sangat recommend pergi jelah check then berlapang dada jer. sekarang plak dah tak mahal macam dulu. banyak dah orang buat pun. 


Korang, aku chaw dulu eh buat masa ni sampai sini je dulu. tata. see you when i see you.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Journey IUI

Episod 2 Assalamualaikum wbt & hi. Cehh! tetiba ada episod hahaha. bukan apa weh, aku tulis ni selain dari nak share experience aku supa...