Khamis, 22 Jun 2023

Journey IUI

Episod 2


Assalamualaikum wbt & hi.

Cehh! tetiba ada episod hahaha. bukan apa weh, aku tulis ni selain dari nak share experience aku supaya orang dapat manfaat jadi aku tengah usaha susun nak bagi cantik and korang senang faham. Lagipun nanti dah tua tua nanti senyum² aku baca balik semua ni macam mana aku senyum tengok penulisan aku dari 2017 dulu, nampak sangat kepoyo-an nya di situ hahaha. 

"aku harap sangat korang faham tau weyh" 

Sambung...

First step 

Dalam pukul 12 lebih tengah hari macam tu, 10 May 2023. Aku search google no phone LPPKN, tak cakap banyak aku terus call and Jumie ada sebelah aku. Apa yang bestnya bila call dorang mesti angkat hahaha. jarang lah badan² gov ni senang nak angkat call kan? harap sangat korang faham. hahaha. 

Dapat cakap dalam 5 minit macam tu, macam biasa dia akan suruh juga kita buka link LPPKN tu, dari sini aku akan share step by step untuk korang register incase korang tak dapat tangkap apa yang nurse ajar thru call tu.

p/s : aku akan buat sharing se-details yang boleh tau

Link : web


Klik LAMAN UTAMA

Klik AWAM
Klik Perkhidmatan Klinik Subfertiliti


skrin paparan bila korang dah click sebelum ni, so boleh nampak dia 
ada state kan kat situ berapa cas & etc

sini dah tunjuk step A to Z korang just follow je ok step yg pemplet ni suruh


Dapatkan tarikh temujanji


Oh! sebelum terlupa kalau korang perasan kan LPPKN ni ada 3 cawangan tau kat Malaysia ni. 


Jadi korang pilih lah tempat yang korang nak or berdekatan dengan korang lah senang kan sebab nanti akan ada temujanji berkala dengan DR. Advise aku pada yang duduk luar kawasan yang ada LPPKN ni korang jangan takut sebab date temujanji tu takdelah dekat-dekat sangat. Lagipun dorang ada provide MC or time slip or maybe korang boleh plan lepas korang dah baca pengalaman aku ni kan.

Once aku dah register online, dah follow guide yang tertera kat pemplet tu. Aku kena call LPPKN yang berdekatan dengan aku lah which is KL. Masa call ni receptionist yang bertugas ni akan minta la details korang sikit, then dia cek dalam system untuk confirmation apa semua tu then dia bagi date untuk first appointment & date aku pada 7/6/2023 which is kurang sebulan dari tarikh aku call (10/5/2023)

Countdown to appointment ni actually klinik ada lah bagitahu apa benda yang dorang akan buat on that particular date kan, aku punya risau lah kan ntah kenapa aku boleh book appointment nak buat Brazillian Wax hahahaha. My most scared thing to do on earth weh! yer first time selama ni tak pernah hahaha, tapi kalau korang jadi aku jangan buat dulu. tunggu time Dr suruh kau buat HSG Test baru buat ok? *tapi nak buat pun apa salahnya, amannnnn disituuuu .. aku pun dah sign up terus untuk 10 kali punya package. sonang!! murah banyak berbaloi ahh..

:: 1st Appointment Summary

7/6/2023 : 8.30am 

Document needed cam biasa ic, kad kahwin & of course duit hahaha. tak mahal. jangan takut macam aku cakap sini reasonable lagi charges dia. 

So apa motif utama perjumpaan pertama ni?

4 hari sebelum appointment korang kena bersama, kalau isteri uzur, kena discharge cara manual lah ya. cara? takkan nak ajar lagi kot. *educational purposes only* otak kuning g berammmmmbuss.. so Nurse kata last BD pada 2/6/2023, lepas dah register apa bagai tu. Receptionist suruh suami kita naik atas Level 7 untuk proses Sperm Analysis. 

Aku tunggu no giliran untuk proses disoal siasat 😛 eh aku serious ni memang Dr tu siasat habis sejarah lampau kehidupan kau, kena jawab jujur ok! so that senang la dorang nak tahu apa masalah korang. Jadi bila no dah kena panggil Dr akan ukur tinggi, berat badan and jenis darah kita. Macam aku tak ingat blood group apa jadi skip jerr its okayy sebab nanti akan ada ujian darah jugak. habis sesi aku. Jumie pun settle and sama jugak dia pun kena interview, aku kena tunggu dulu kat depan. 

Habis session Jumie, Dr panggil aku masuk balik. Sini Dr start explain apa next step. 
  1. CD-1 datang je aku kena call 2 tempat untuk buat appointment 
    • LPPKN untuk ambil darah suami & isteri 
    • DAYA XRay Centre untuk HSG Xray
     2. Kalau aku tak buat step pertama maka tiada step seterusnya. gituh!

Tapi katakan kalau result Sperm Analysis tak okay (AZOOSPERMIA) , korang tak boleh ke next step jugak.

  • Suami akan diminta untuk datang semula 2 minggu akan datang then buat test lagi.
Then dalam 12.30 pm centu  klinik call bagitahu result Sperm Count Jumie okay then boleh terus proceed ke next step. 

nak jadi rezeki esok nya lepas appointment tu aku period. 8/6/2023 Alhamdulilah. Jadi terus aku call LPPKN set kan tarikh untuk ambil darah antara CD 2-5 . Pap! rezeki CD- 2 terus nurse bagi date 9/6/2023 untuk buat ujian darah. Jumie kena puasa 8 jam. Appointment pukul 10.30am so last Jumie makan 2 pagi. Eleh! tido dah dia time tu xheran sangat hahaha. cuma pagi tu dia menggeletek sikit nampak aku minum hot choc. aishhh ngade!

Lepas call klinik aku call terus DAYA Xray Centre tu, korang jangan risau nanti Dr ada bagi korang slip untuk bawa time appointment kat DAYA tu so no phone apa semua dah ada kat paper tu. Macam biasa korang call bagitahu yang korang nak buat procedure HSG and hari ni korang 1st day period. DAYA akan kira kan untuk korang pada CD- 9 ke atas and ternyata aku pun dapat tepat² on CD-9 tu which is jatuh pada 17/6/2023 : 8.30 am

Habis sampai sini kos appointment pertama tadi hanyalah RM65. murah kan? yaaa udah ku bilang jangan terlalu...hahaha dan korang dah start ada appointment card.

Oh! kan kat episod sebelum ni aku ada mention yang kiteorang silap kan? jadi di sini lah silapnya kiteorang dulu, duk delay² nak check sperm count. tapi aku tak leh nak cakap gak dulu benda ni mahal aku pernah tanya. and masa tu pun belum meluas lagi sharing benda² tu nak buat kat mana, macam mana apa semua kan? Jumie takdelah ego ke, takut sebab dia ke apa, sebab Alhamdulilah kebergantungan kami hanya pada Allah. sekalipun keputusan tak okay kiteorang pernah bincang. and tak kisah kalau kena amik anak angkat ke apa. 

Aku rasa kemunculan tiktok lah jugak penyebab, yelah boleh kata kebanyakkan info kita dapat dari situ kan. FYP apa bagai tu. hehehe. so kalau korang dah setahun kahwin TTC tapi still belum ada baby. aku sangat recommend pergi jelah check then berlapang dada jer. sekarang plak dah tak mahal macam dulu. banyak dah orang buat pun. 


Korang, aku chaw dulu eh buat masa ni sampai sini je dulu. tata. see you when i see you.






Rabu, 21 Jun 2023

Perjalanan TTC Dari Diri Diana

Assalamualaikum wbt & hi semua

Pertama sekali yes dah lama tepu aku biarkan blog ni, well korang tahu lah dari 2017 tu banyak betul media sosial yang muncul tambah pulak dengan feature baru macam boleh update story lah, letak lagu lah ehh macam - macam lah! jadi rasa nak menulis tu makin lahhh .... hahaha lagi satu ada perkara xbest jadik..macbook  lama aku tu hilang..macam mana hilang? malas lah nak ingat.. dah mmg bukan rezeki

So, apa yang membuatkan aku terpanggil nak menulis semula ni?

Well skrg usia perkahwinan aku dah masuk 6 tahun lebih and seperti yang korang boleh agak bila baca tajuk kat atas mestilah aku dan suami still belum dikurniakan rezeki dari segi zuriat.

Aku terus ke topik penting ni lah ya? so without further delays ayuhhhh...

Sebelum tu saba jap! hahaha. Byk benda nak kena recap sikit nihh. Actually aku dah lama dah tahu pasal LPPKN ada buat program untuk suami isteri yang belum ada zuriat ni dan aku tahu pun dari kawan Jumie. Kawan dia taktahu banyak tapi sebab dia ada dapat job dengan jabatan kat bangunan tu yang buatkan dia tahu lah pasal ni. So dia advise lah kiteorang pergi and dapatkan consultations. Yelah masa ni kiteorang dah 4 tahun kahwin tapi belum ada anak kan. Fikir punya fikir , tak jadi masalah pun sebab kiteorg pun kerap naik turun kl. So decide 26 Mac 2021 dari Ipoh lah kiteorang laki bini pergi nak tanya lebih lanjut kan, tapi apakan daya sampai² jer rupanya semua kena buat online jer haha tapi kiteorang okay jer sebab dtg kl bukan semata untuk ni. Banyak lah jumpa klien apa bagai, jadi tak sia-sia lah dtg. 


masa ni dorang dalam proses renovation skrg aku pergi dah lawa 

Aku pun buka lah link yang Nurse kat sana tu bagi and dia ada lah guide sikit macam mana nak register online apa bagai semua tu. Aku dah isi apa semua so time untuk buat appointment lah kan? 

Tapi..

Dalam perjalanan balik dari LPPKN tu ke hotel kiteorang boleh decide nak hold lagi. Hahaha. Mesti korang geram kan? Ntah lah masa tu Alhamdulilah bisnes aku nak bantu orang yang susah buat loan nak beli kereta banyak sangat. Jadi kiteorang banyak fokus kat bisnes. Plus, masa tu rasa macam tak puas lagi enjoy berdua ke mana mana. Hahaha. Yelah masa cepat gila berlalu sekarang ni. Sorry lah jangan kecewa dulu..

Dipendekkan cerita dari bulan Mac 2021 tu banyak sangat ulang alik nya dari Ipoh ke KL. Akhirnya kami decide nak pindah KL terus. Bulan September 2021 tak silap aku. Masa ni menyewa bilik je dulu, bukan apa nak mencuba cuba dulu, kalau tak okay takdelah menyesal sangat kan? hahaha. Tak lama menyewa bilik. Akhirnya Jumie usahakan untuk kami duduk rumah sendiri. Setelah 3 bulan akhirnya masuk lah rumah baru hehehe Alhamdulilah. 


tadaa! terimalah rumah kiteorang yang xseberapa ni

Officially aku masuk rumah ni pada 1/1/2022 jadi lagi sebulan 24 hari je anniversary kiteorang yang ke 5 tahun. Hahaha. Yer tuptup 5 tahun adeh dan ye kiteorang masih lagi berdua. Tak sedih tak kecewa yelah sebab pilihan kiteorang kan. Usaha pun bukan tak ada. Ohh! Mesti korang tertanya tanya kan takkan lah korang takde buat check up ke or buat rawatan tradisional macam mengurut ke apa ke kan. 

Percayalah, apa saja aku dengan Jumie tak try weh. Aku pergi 2/3 klinik nak check rahim lah itu ini. Alhamdulilah takde apa DR kata pun rahim aku cantik apa semua. Then, petua yang minum susu dengan sengenggam kurma tu, makan supplement itu ini. Macam² lah weh. Tapi ada satu yang kiteorang xbuat. nak tahu apa? 

Ini aku nak nasihatkan pada korang yang TTC tolong lah seriously jangan buat ikut apa yang korang rasa betul. Dapatkan guidance. Macam mana? Actually apa yang sangat merisaukan aku ialah kos. Weh benda bab kesuburan ni sumpah mahal. Aku sampai fobia lah. Makin lama setiap appointment tu yang DR tak pegang kau pun kira bagi advise je tapi cas dia melampau. Jadi ni antara sebab jugak lah kenapa aku stop dari percaya nak pergi Pakar Sakit Puan bagai ni and berharap untuk dapat baby secara normal je.

Tapi aku ternyata silap. ALLAH dah bagi petunjuk dah tapi aku gatal jugak nak buat cara sendiri. Sampailah tahun ni  May 2023 masa birthday aku, Jumie cakap dia nak buat balik proses dengan LPPKN dulu. Jadi kiranya dia nak hadiahkan lah benda ni. korang faham tak maksud aku? alaa buat faham faham jelah. hahaha. macam mana boleh timbul pulak hal ni balik? Biasalah bila kita jumpa orang then orang tanya dah berapa lama kahwin? ada anak? then masa tu client Jumie suggest kan dia untuk pergi LPPKN jadi terbit semula lah masa ni rasa nak habiskan apa yang kiteorang dah mulakan 2 tahun lepas.

Jadi korang nak tahu apa jadi next? Tunggu next blog ok. Bye!








Journey IUI

Episod 2 Assalamualaikum wbt & hi. Cehh! tetiba ada episod hahaha. bukan apa weh, aku tulis ni selain dari nak share experience aku supa...